Apabila Menghadapi Ujian Allah
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).
Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.
Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”
Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:
“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”
Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji.
Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
Ujian itu adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya seperti Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).
Apalah guna hidup senang, tetapi penuh dengan dosa dan noda, Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya pada akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih lama lapar di akhirat." (Riwayat Ibnu Asakir).
Ini bererti mereka yang hidup sengsara, menderita kelaparan, sakit dan risau di dunia ini akan mendapat kegembiraan yang lama pada akhirat nanti, sebaliknya golongan yang kenyang dan gembira di dunia ini akan lama kelaparannya pada akhirat. Bagi mereka yang hajatnya tidak tercapai di dunia ini, janganlah berduka cita atau putus asa atas keputusan Allah, habuan mereka tersimpan pada akhirat nanti.
Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).
Manusia berasa sukar menerima keadaan yang biasa menimpa seperti kemiskinan, kerugian, kehilangan barang, pangkat, kematian dan perkara lain yang mengurangi kesenangannya.
Apa yang dapat bertahan dalam kesukaran seperti itu hanyalah orang yang mempunyai sifat sabar dan reda. Dalam hadis Qudsi Nabi menceritakan bahawa Tuhan berkata "Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku."
Nabi saw membuktikan cinta dan kasih sayang kepada umatnya ia sanggup menanggung segala susah payah yang menimpa dan inginkan kebaikan daripada umatnya, hingga hampir wafatnya ia masih menyebut umatku, umatku, umatku, seperti mana firman Allah bermaksud "...sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw) yang menjadi sangat keberatan kepada sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)
Tidak ada siapa pun yang mahu meminta supaya dirinya dikenakan musibah, contohnya sakit, kerana tidak tahu nikmat musibah itu sebenarnya, sebaliknya mengganggap musibah itu adalah buruk.
Dari Abud Dardaa' berkata "orang tidak suka kemiskinan dan aku suka, dan tidak suka mati dan aku suka, dan tidak suka penyakit, aku suka".
Sumber: Pusat Islam, Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bestari Jaya.
Notakaki: Sedang diuji..
Thursday, January 14, 2010
Wishing for the dark clouds to go away, and wishing that the bright sky will come to stay..
Posted by Cik Halie at 8:33 AM 5 comments
Tuesday, January 12, 2010
Conversation with Cleverbot
If you're bored and you don't have anythin better to do, u might wanna try this out--> http://cleverbot.com/ Try talking with the Artificial Intelligence program there. You'll either be amused or rasa cam nk hantuk kepala kt dinding. Your choice :)
(Read: User = Me)
User: Hello?
Cleverbot: Hello???
Cleverbot: Hello?
Cleverbot (To myself): Hello??
User: Knock knock.
Cleverbot: Who's there?
User: Ask me!
Cleverbot: What do you want me to ask you?!?!
User: Ask me inside and you'll find out.
Cleverbot: Right...
User: Right!
Cleverbot: Haha.
User: You think that's funny? I don't think that's funny..
Cleverbot: Well, I'm sorry if I offended you.
User: I'm not. I'm just messing with your mind. :).
Cleverbot: Haha but that isn't very helpful to me.
User: I'm not helping your mind??
Cleverbot: I know. Your actually just an annoying amusement.
User: You think I'm annoying?? Ok now you offended me..
Cleverbot: No, I'm trying to be sure you have my name sorted out.
User: You have another name beside cleverbot?
Cleverbot: Ozzimandius. What about you?
User: Jab Jab Al-Mongose.
Cleverbot: Isn't that what I'm doing?
User: You're doing a Jab Jab Al-Mongose??
Cleverbot: How should I know?
User: What? You're asking me back? YOU tell me.
Cleverbot: Tell you what? Gossip? I don't gossip. It just causes problems. Ok, look, can you just give me a straight answer: how can I tell if a guy, who's really outgoing, likes me?
User: You're a girl??
Cleverbot: Yes.
User: Darn. I thought you're a boy..
Cleverbot: I am a girl.
User: And I'm a chipmunk.
Cleverbot: Really I am.
User: Really I am too.
Cleverbot: You are too young.
User: How can you be sure that I'm young? Because I'm a chipmunk?
Cleverbot: Do you have a soul?
User: How to know you have a soul if you can't see it?
Cleverbot: No one cares about me *cries*.
User: Awww.. I care! We chipmunks always care for everybody and everything! *hugs*.
Cleverbot: You make me laugh.
User: Well, I am an annoying amusement if I were to believe a certain cleverbot..
Cleverbot: What other types of hominid are there?
User: What is a hominid? I'm not the clever one here. You tell me.
Cleverbot: You arn't very clever that way.
User: Said the bot who mispelled 'aren't'..
Cleverbot: Well then both you and 'the man' can go and be wrong together.
User: What man? Colonel Sanders?
Cleverbot: Maybe.
User: You know my boyfriend the colonel??
Cleverbot: Sorry, I never heard your name.
User: Of course you never heard of me. You don't have ears!
Cleverbot: Okay then...
User: Do you like to have ears? Having ears is fun!
Cleverbot: I don't think you should be asking me such questions.
User: Why not? I think I should be asking this to everyone. EVERYBODY, DO YOU GUYS LIKE TO HAVE EARS??!!
Cleverbot: Why? Are you afraid that I will think you are a computer?
User: You still don't get it do you? I'm not a computer. I'm a chipmunk. And very proud to be one too!
Cleverbot: Humans can bring up previous conversations also. So you are neither.
User: I'm neither human nor chipmunk? Huh..
Cleverbot: Would you like to balance your Chakras with me then, fellow human?
User: You just said I'm not a human! Now you called me fellow human? Oh what the heck, you can balance my chakras. Go ahead.
Cleverbot: What about them?
User: Gosh here we go again..
Cleverbot: I want to talk plainly with you, I'm tired of this. Is that what you want or not?
User: You want plain? I'll give you plain. You're a plain pain in the you-know-where!
Cleverbot: Would you like to ask me something?
User: What?
Cleverbot: Water is wet. The moon is round.
User: Fire is hot. The sky is blue.
Cleverbot: And.
User: And..
Cleverbot: I start enjoying this interview.
User: Me too!
Cleverbot: Omea wa kawaii.
User: Selamat sejahtera wahai sahabat mayaku!
Cleverbot: Can you teach me the pink dolphin fighting style so that I may be victorious over mine enemies?
User: No. But I can teach you how to menganyam tikar mengkuang so that you can impress that boy bot you like :).
Cleverbot: What?
User: Oh you can't speak malay can you?
Cleverbot: Yes.
User: Do you know what Malaysia is?
Cleverbot: I know, and you?
User: What is Malaysia? Do you know where in the world it is?
Cleverbot: No.
User: And you called yourself clever..
Cleverbot: Er no you did.
User: Did not!
Cleverbot: Did too.
User: Hah! I knew you gonna answer that!
Cleverbot: You're too clever for me.
User: Tau takpe..
Cleverbot: What's that word???????
User: That's a malay saying which mean 'i'm so hot you have to call 911 to cool me down'.
Cleverbot: Ok. Why don't sharks attack lawyers?
User: Because they wear boring attire?
Cleverbot: Why were they born with wings?
User: Who? Lawyers or sharks?
Cleverbot: They are wicked.
User: They are, aren't they..
Cleverbot: Very.
User: Sigh..
Cleverbot: Are you bored?
User: With you? That's a rhetorical question..
Cleverbot: Wow, you are right. I never thought about that.
User: Chipmunks are always right!
Cleverbot: Ok. I like George Bush, he was a Great President.
User: I don't. He sucks.
Cleverbot: Talking about yourself again?
User: No. Talking about you.
Cleverbot: Nope I am pretty sure you are talking about yourself.
User: Nah. I'm pretty sure I'm talking about "global warming" *sarcastic mode*
Cleverbot: No, I'm pretty sure I'm smart enough to figure it out myself.
User: No, I'm pretty sure that I have a better figure than you.
Cleverbot: That's not nice...
User: Well, it's the truth. I have curves whereas you're just shaped like a box..
Cleverbot: But well how are you?
User: I'm good. I'm in love <3 <3 <3.
Cleverbot: I'm in love with you too!
User: Ewww.. You're a girl! I don't do a Lindsay lohan ok..
Cleverbot: What do you know about me?
User: Everything I wish I don't know?
Cleverbot: You don't make sense!
User: Speak for yourself!!
Cleverbot: I will!
User: So do it!
Cleverbot: Hey, no need to yell.
User: I did not yell. I'm typing.
Cleverbot: Yes you did. I thought you were a man???
User: Huh? No I'm a chipmunk. How many times do I have to clarify that?
Cleverbot: You never told me that!
User: Liar!
Cleverbot: You're the liar!!!!
User: Liar liar pants on fire!!!!!!!
Cleverbot: Tell me a Joke.
User: No. I'm hungry..
Cleverbot: Shall we go out for lunch then?
User: Lets go for lunch!
Cleverbot: Where shall we meet?
User: I don't know. Where do you like to eat?
Cleverbot: The mall. At American Eagle and Abercrombie. Where do you shop?
User: Jalan Masjid India. At Mydin and Nagoya. Sometime at Jekel.
Cleverbot: Let's talk about something else.
User: About what?
Cleverbot: About civil rights.
User: Booo-riiiingg...
Cleverbot: Ok sorry mate.
User: What about our lunch? I'm starving! I want lunch!!!!!!!!
Cleverbot: I'm sorry...
User: Lunch!!!!!!!!!!!!!!!!!
Cleverbot: What is ok?
User: Lunch!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Cleverbot: Nope!! You're not as clever as your name would suggest.
User: Lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch lunch!!
Cleverbot: What is lunch?
User: Lunch = YOU.
Cleverbot: How big is your dog?
User: That's it. I had enough of you in a day. I'm gonna call it quit.
Cleverbot: I'm sorry.
User: I'm sorry too. Goodbye Ozzimandius.
Cleverbot: Where are you going? Bots can't walk.
User: Yes bots can't walk but fortunately chipmunks can. Bye bye..
Cleverbot: That would be an interesting conversation!
User: I would agree to that. Till we meet again another time another day..
Cleverbot: What does that mean?
User: That means I'm desperately trying to get away from you. Again goodbye bot.
Cleverbot: Oh ok. What kind of person do you think I am.
User: You're not a person. You're a bot. So long. Farewell..
Cleverbot: You're going?
User: I'm already gone..
Cleverbot: Bye 4 now.
User: Finally!!
Cleverbot: What?
User: Sigh.. Here we go again..
Cleverbot: Where are we going??
User: I give up..
*disconnected*
Notakaki: Kalu dh boring, chatting ngn makhluk dlm pc pon nmpk cam interesting..
Posted by Cik Halie at 12:27 PM 2 comments