Monday, December 31, 2012
Datang dan pergi. Tapi tak pernah hilang. Macam ombak..
For last year’s words belong to last year’s language and next year’s words await another voice. – T.S. Eliot
Haven't been a responsible blog owner this year. Blog dah mcm rumah tinggal. Terbiar semak-samun bersawang2 penuh dgn haiwan liar segala. Bukan takde cerita nak dilipur-larakan. Tapi utk menzahirkan kisah tu jadi sesuatu yang boleh dikongsi dan jadi tatapan semua org tu la part yg paling payah sekali (paling malas sekali pn ya jugak.^_~). Will try to do better next year. Bukan janji, bukan pasti tapi kalau keazaman diri tu tinggi mungkin (mungkin la) akan selalu la jenguk muka kat sini. We'll see. :)
Akhir kata Selamat Tahun Baru 2013 utk semua rakan-taulan. Pejam celik pejam celik dah habis satu tahun lagi. Yes the bad news is time flies. But the good news is you’re the pilot. So be wise in steering your time in the best direction. Happy New Year all hearts, all souls!
We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day. - Edith Lovejoy Pierce
Posted by Cik Halie at 3:59 PM 1 comments
Friday, March 9, 2012
Dearly Departed..
I close my eyes as I wipe a tear.
I just keep wishing you were still here.
I will hold all the memories deep in my heart.
Through those memories we will never part.
I close my eyes as I wipe a tear.
I just keep wishing this pain would disappear.
I didn't get the chance to say my last goodbye.
I just didn't think you could ever die.
I close my eyes as I wipe a tear.
All of your love I will always hold near.
In my heart and my mind I will never be alone.
When my time comes I will meet you at home.
Note: In loving memories of all my late dearly beloved..
Posted by Cik Halie at 4:15 PM 0 comments
Tuesday, February 14, 2012
Kesayangan hamba..
Ni baru 2. Ada 8 budak lg tak masuk dlm gambar. Tak muat frame.
Org xde anak sendiri cam kita ni kan kemana lg la nk ditumpahkan kasih sayang sume tu kalu bkn kt budak2 ni. Diorg la buah hati diorg la pengarang jantung. Td pegi lompat2 kt blog org lain yg sama spesis cm kita (penchenta meow) sume dok bercerita psl kerenah anak2 bulus memasing. Terkenang plak kt 'anak2' sendiri.
Hanya org2 yg sama spesis je kot yg paham apa rasanya jd catlovers ni. Yg boleh paham mcmana susah hatinya kalu ada budak2 ni yg sakit. Boleh paham mcmana huru-haranya jiwa bila ada budak2 ni yg kuar umah x balik2 berhari2. Mcmana hancur luluhnya hati bila ada yg x pjg hayatnya dan dijemput balik oleh Yang Maha Pencipta. Mungkin ada yg akan kata 'eleh kucing je kot..' Yes kucing je kot it might be to u but definitely not the case to us.
Setiap kali ada antara budak2 ni yg sakit maka 'mak' dorg ni pn akan jd down yg teramat2. Tak tido mlm temankan si sakit. Bwk tido sama ni sekali dlm bilik tu. Bila dia terjaga tgh mlm batuk2 ke muntah2 ke kita ni pn jd x tentu arah sama. Sekali dia batuk sekali airmata jatuh, sekali dia muntah dua tiga kali lg air mata bocor, sekali dia meow2 sakit dh berjurai2 airmata turun mcm empangan pecah dh. Bila dia tak mau mkn/minum kena la suapkan mknn/air/ubat. At least dpt masuk sikit pn jd la drpd kelaparan terus. Dlm kepala otak tu x renti2 pikir apa ikhtiar nk buat nk bg diorg sihat. Bg org yg tak bertransport sndiri mcm ai ni kehulu kehilir la mntk ihsan saudara-mara, sahabat-handai, jiran-tetangga mntk tlg bwkkn ai n bebudak gi klinik. N kalu ubat klinik pn x jln gk habis segala suggestion org ramai serta cara2 alternatif janji logik dan masuk akal ai turutkan. Niat hati tu asalkan sihat sudah.
Ada sekali tu ada seorang anak ni lari dari rumah. Hilang masa raya pulak tu. Kuar beraya x reti nk balik. Dh lgsg xde mood nk beraya dh taun tu. Org sibuk hepi2 beraya yg kita ni, org tegur nk beramah mesra kita plak rasa cm nk meraung. Jiran2 yg dtg beraya sume kena jwb soalan cepu emas, 'ada nmpk x kucing wrna bla bla, ekor dia bla bla, mata dia bla bla? kalu ada nmpk kt mana2 tlg bgtau ek!' berkata smbil menahan sebak di dada. Mlm2 org main mercun keliling kg kita ni dok risaukan si anak yg takut ngn bunyi2an kuat ni. Dok pikir apakah nasib engkau wahai anak. Mkn ke tak ke. Msti tgh nyorok dlm semak ketakutan dngar bunyi kuat. Doa tak putus2 mntk dijauhkan dr marabahaya srta org2 yg berniat jahat dan sebagainya. Lg sekali xleh tido mlm mengenang nasib diri si anak. Nasib la sang anak bertuah td berjaya dijumpai di balairaya kg pd hari ke-4 kehilangan. Kalu tak smpai kesudah sang emak x beraya dan raya pd taun tersebut akan disenarai hitamkan sebagai hari raya tersyahdu dlm kehidupan si emak.
Oh itu baru bab sakit ngn hilang. Kalu smpai membawak ke bab 'Tuhan lebih sayangkan dia..' mcmana plak? Boleh imagine x betapa down n broken-heartednya jiwa? Berapa besor empangan airmata yg pecah kali ni? Byangkan je la sendiri ek. Tak sggup nk elaborate. Nak kenang balik pn dh berkaca2 dh mata ni. Juz nk bg tau kebanyakan anak2 yg dh pergi dijemput Tuhan ni kebanyakannya mati dlm pangkuan ai sendiri. Ai tengok sendiri mcmana diorg nazak smpai la nafas diorg yg terakhir. Selagi ada nafas diorg selagi tu ai akan tetap setia pangku dan peluk dia. Sampai la rasa tubuh kecik dia longlai dan nafas dia xde lg baru la ai lepas dia. Lepas dia pergi dgn membawa sebahagian dr hati si emak ni. Sob sob.. *sambil taip sambil kesat mata*
Ok. Stop bab airmata. Jgn dikenang perkara yg tak ada. Lebih baik appreciate apa yg ada dpn mata. Walaupun byk airmata yg tumpah sbb diorg, tp the joy n happiness yg diorg bg kt ai tu lebih byk lg dan adalah sgt2 priceless. Their antics and kerenah tu bleh buat hati yg suram jd disinari mentari. Diorg pnya manja n playfulness tu la penghibur duka lara. Ai bila stress dgn life/work ke ai cuma perlu gi carik diorg pastu usap2 peluk2 gomol2 diorg sepuas hati. Bila dengar dia purr tu dh rasa ringan je hati. (Quick fact: It is known already that the sounds that a cat produces, have a positive impact on the human organism and contribute to the prevention and treatment of many diseases. Scientists believe that a purring cat is similar to ultrasound, but the sounds that this animals emit have much better effect, and they help the animal itself and it's owner to deal with many health disorders. Researchers have found that the range -from 27 to 44 H- of the cat's purr is strengthening bones for 20%. Also cat's purr has a beneficial effect on the nervous system of man and his mental state. Moreover, the sound coming in this range, is improving the cerebral blood flow in humans, normalizes blood pressure and stabilizes the heart rhythm.)
Bottom line is the good things that came out of having them adalah lbih byk dr all the bad things. Semenjak ada diorg ni rezeki ai pn semakin murah. Walaupun x mewah tp cukup la utk ai, my family n budak2 ni. N walaupun budak2 ni sume ramai (x pernah kurang dr 10 ekor dlm satu masa) tp cukup rezeki tu utk tampung semua. N siap ada extra utk ai kongsi plak utk anak2 jalanan/lorong mana2 yg ai smpt jumpa n sedekah rezeki. Ai percaya bila kita berbuat baik sesama manusia/makhluk maka Allah itu pn akan berkati perbuatan kita kn. Amin.
Notakaki: Curahan jiwa sbb rindu kt 'anak2'..
Posted by Cik Halie at 1:05 PM 0 comments
Friday, February 3, 2012
Kenapa Rasulullah Sangat Menyayangi Kucing
Setiap Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong Mueeza (nama kucingnya) dan ditaruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya mengikut lantunan suara azan.
Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.
Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Keputusan yang diperolehi adalah:
1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.
3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.
4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.
Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.
Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:
Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.
Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah di lakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka'b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Lihatlah." Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Ia menjawab, "Ya." Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW prnh bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),"
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Daud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang sembahyang. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Malangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berjalan ke sana." Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.
Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Posted by Cik Halie at 12:00 PM 0 comments
Monday, January 16, 2012
January 13, 2012.
And I want to thank you
For giving me the best day of my life
And oh, just to be with you
Is having the best day of my life.
Note: So close, yet so far..
Posted by Cik Halie at 1:16 PM 0 comments