CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 17, 2013

Sialan kau Mickey Mouse - Part 2

27.06.13-05.07.13 - Kehidupan di hospital adalh mencabar keimanan. Hari2 masuk at least 3 bottles of drip. 4 kali sehari ambik darah. 2 jam sekali check blood pressure, temperature and heartbeat. Day in day out cam blur je x sedar apa jd. Hospital's foods suck. Lg sanggup kena cucuk ambik darah drpd kena mkn mknn spital. Setiap kali mknn smpai rasa nk menangis. Setiap kali lepas dinner time (which is the last meal of the day) berasa sgt gembira sbb xyah nk kena mkn lg dh utk hari tu. Huhu. 1st day kt wad dtg org dr pejabat kesihatan interview background n possibilities kenapa bleh kena denggi. Disoal siasat mcm2. Dh rasa mcm seorg yg bersalah plak. Huhu. Diberitahu yg mereka akan dtg memfogging rumah kt kg n rumah KL jg dlm masa terdekat.

bilik hotel..

Masuk hari ke-2 ke ke-3 ke duduk spital Docs came to a conclusion yg sy ni bkn la demam denggi tp dijangkiti leptospirosis atau dlm bahasa yg mudah difahami oleh kita2 ni ialah kencing tikus. Sbb bloodtest result tak menunjukkan ciri2 yg selari dgn simtom2 denggi tp lebih menjurus ke arah ciri2 kencing tikus. Say what?!!

(Info break sekejap: Leptospirosis - also known as Weil's syndrome, canicola fever, canefield fever, nanukayami fever, 7-day fever, Rat Catcher's Yellows, Fort Bragg fever, black jaundice, and Pretibial fever is caused by infection with bacteria of the genus Leptospira and affects humans as well as other animals.

Leptospirosis is among the world's most common diseases transmitted to people from animals. The infection is commonly transmitted to humans by allowing water that has been contaminated by animal urine to come in contact with unhealed breaks in the skin, the eyes, or with the mucous membranes. Leptospirosis is transmitted by the urine of an infected animal and is contagious as long as it is still moist. Although rats, mice, and moles are important primary hosts, a wide range of other mammals including dogs, deer, rabbits, hedgehogs, cows, sheep, raccoons, opossums, skunks, and certain marine mammals are able to carry and transmit the disease as secondary hosts.

Humans become infected through contact with water, food, or soil containing urine from these infected animals. This may happen by swallowing contaminated food or water or through skin contact. The disease is not known to be spread from person to person and cases of bacterial dissemination in convalescence are extremely rare in humans. Leptospirosis is common among water-sport enthusiasts in specific areas as prolonged immersion in water is known to promote the entry of the bacteria. Surfers and whitewater paddlers[7] are at especially high risk in areas that have been shown to contain the bacteria, and can contract the disease by swallowing contaminated water, splashing contaminated water into their eyes or nose, or exposing open wounds to infected water.

Symptoms of leptospirosis include high fever, severe headache, chills, muscle aches, and vomiting, and may include jaundice, red eyes, abdominal pain, diarrhea, and rash. Initial presentation may resemble pneumonia. The symptoms in humans appear after a 4–14 day incubation period. More severe manifestations include meningitis, extreme fatigue, hearing loss, respiratory distress, azotemia, and renal interstitial tubular necrosis, which results in renal failure and occasionally liver failure. For more info sila gugel sendiri.)


Sambung balik. Kencing tikus??? Bercampur-baur perasaan bila dengar kena kencing tikus. Denggi tu biasa la lg. Ni kencing tikus. Seriau dengar. Tetiba teringat kes2 org2 glamer yg meninggal sbb ni. Huwaaa... Mcmana bleh kena kena ni?? Ye itulah persoalan yg asik diajukan oleh para2 doktor dan juga org pejabat kesihatan. Oh org pejabat kesihatan dtg lg. Tp org lain sbb yg haritu org dept denggi yg ni org dept kencing tikus plak. Mcm2. Hensem org itu tp nmpk kanak2 lg. Pass. Kembali disoal-selidik seperti sebelum ini. Asik ditanya ada masuk hutan x dlm masa terdekat ni? Ada mandi sungai x? Berkali2 menegaskan yg sy xde masuk hutan apatah lg mandi sungai. Sy ni pegi keje balik keje terus ke rumah je incik. Nak bersosial pn jrg2 sekali apatah lg mau ke hutan. Kalu ditanya soalan ini pd opismate sy Cik Pah mgkin lain la jwpnnya. (Cik Pah mmg suka bersosial di hutan. Mau mencari bakal suami Tarzan gamaknya. Jgn mara aa Cik Pah. Hihi.) Tp kalu tnya pd sy mmg nan ado la jwpnnya. Bkn spesis adventurous maupun berminat nk jd bini the Jungle Boy. Maka kesimpulan telah dibuat bahawa kemungkinan sy mendapat virus ini dr mknn tercemar yg mgkin telah dimkn. Maka dinasihatkan utk lebih berhati2 di masa akan dtg dan lebih baik mkn mknn yg dimasak sendiri shj. If only it was that easy. I am a working lady incik. Balik keje ptg2 dh penat. Throw the bujang factor in there too. Xde sbb sgt pn nk masak. Kalu masak pn weekend je incik oi. Sigh.

Demam x jgk surut2. Jam ni ok jam berikutnya gigil2 lg. Temperature asik 38°C n above je. BP yg biasa ok tetiba ada naik sikit maybe sbb stress dok spital gamaknya. Lengan dh lebam biru kena cucuk ambik darah 4 kali sehari smpai nurse dh x jmpa area mana bleh cucuk lg. Somemore drip yg asalnya kt tgn kiri dikhuatiri kena infection maka ditransfer ke tgn kanan plak. Dah jd dua2 tgn sakit la plak. Cmne nk mkn? Cmne nk gi toilet? Hazabedah ok. Proses nk memasang tmpt drip n memakai drip adalah hazab jg. Jari jemari jd kebas keras kejung serta gemuk bengkak lg. Uhuk2. Result blood test hari2 makin drop. Platelet count yg 272 sebelum masuk spital tu keep on dropping smpai plg low tggl 50 lbih je. Dilaporkan juga ada berlaku kerosakan hati. Hati rosak? Huwaaa.. Tahap kegundah-gulanaan hati Allah sj yg tau. Smpt jgk la pikir adakah ini pengakhiran buat diriku ini? Sadis.

tgn debab yg makin debab sbb dh swollen..

Sbb dh disaspek kencing tikus maka treatment dari Docs dh lain la dari sebelum ni sbb sebelum ni ingt denggi kn. Maka treatment kali ni include doses of powerful antibiotics pula. 2 kali sehari kena mkn, sekali sehari kena inject ngn satu tiub besar. When i say powerful mmg power la sbb x penah2 dlm sejarah hidup my body yg selama ini bg la ubat apa pn sume jln tetiba ada reaction dgn ubat. Body xleh terima antibiotics tu ok. Setiap kali mkn ubat x smpai 10 min pastu badan akan rasa nk pitam, pedih hati n rasa nk muntah yg melampau. Happen everytime setiap kali lps mkn ubat tu. Nurses siap dh standby dgn injections setiap kali sy mkn ubat. Start je rasa nk pitam tu diorg jab terus ubat tahan sakit. Docs pn pelik sbb x penah lg diorg jmpa patient yg xleh terima ubat tu. Org lain ok je. Even auntie nyonya wargaemas katil seberang sana yg disaspek kes sama pn rilek je mkn ubat tu. Lps mkn ubat leh tido dengkur2 lg. Sy sorg je yg lain mcm. Dah kenapa dgn kau ni Cik Ta? Sigh..




Bersambung lg. Kira buat 3 episod la ek. Kunun2 trilogi la.. Pfftt trilogi la sgt.. *tgn di bahu mata ke atas* ;p


Monday, July 15, 2013

Sialan kau Mickey Mouse - Part 1


The past 3 weeks is a blur to me. Apa yg berlaku? Kronologi kisah adalah seperti di bawah..


22.06.13 - Siang: Pegi Jln TAR beli brg sikit. Jln2 mkn2. Balik rumah.

Malam: Perasan kepala ada sikit headache.

23.06.13 - Malam: Nisfu Syaaban. Sempat la baca Yaasin 3 kali lepas tu kepala rasa mcm nk pecah, temp naik tp badan sejuk nak mamp.

24.06.13 - Pagi: Masuk opis jgk walaupun nak bjln pn larat sbb patutnya ada kelas pagi pastu bkk email kata semua kelas utk hari ni batal sbb jerebu teruk. Tanpa berlengah lagi kunci opis, lari pergi panel klinik.

Klinik: Temp high 39.7°C. Dpt ubat, dpt MC 2 hari.
Malam: Demam masih tak surut. Seluruh sendi sakit gila! Badan bahang di luar sejuk gigil2 di dlm. Tetiba badan naik gatal2 merah2.

25.06.13 - Pagi: Kembali ke klinik panel smlm. Pujuk adik bujang temankan. Temp hari ni over 40°C. Doc buat blood test dan concluded that I have Dengue Fever. Disarankan utk menyerah diri ke hospital hari ni juga x boleh tangguh2 lg. Convince doc utk buat surat refer ke hospital sbgai open letter instead of surat spesific ke HKL ke Sentosa Hospital (panel spital) ke sbb xnk masuk spital di KL. Sape nk tlg tgok2kn kalu kena admit kt KL. Family i kt Perak u'ols. Cari sengsara la kalu masuk spital seorg diri dgn sakit yg cenggini. Mesyuarat diadakan diantara adik bujang dan keluarga di kg lalu sebulat suara setuju utk angkut sy balik kg. Agak problem di situ kerana; 1) Kena balik naik public transport ie train. Org xde transport sndiri begitu la nasibnya. 2) Nak bangun pn x larat. Berdiri rasa nak tumbang. Acanerkah nak smpai ke KL Sentral ni?

Miraculously smpai jgk di KL Sentral, dpt jgk naik train. Sengsara diri dlm train jgn ckp la, dgn urat2 rasa nk tercabutnya, killer headache lg. Juga train yg sejuk gils adalah hazab bg org yg tgh demam panas. 2 jam perjalanan dari Kl Sentral ke Kampar tu adalah 2 jam terpanjang dlm hidup sy setakat ini. Jutaan tenkiu buat adik bujang yg sgt supportive ambik emergency leave teman akakmu naik train, tlg picit2 kaki spjg dlm train, mberi kata2 semangat, not to mention kuar tgh2 mlm sebelumnya utk cari ubat2an, air kelapa air badak cool fever segala utk akak bliau ini. Dah la jap lg lepas selamat mempasskan sy to the parent bliau kena bergegas naik train balik pulang ke KL sbb esok dia kena keje. Thank you dear brother. Jasamu dikenang. I heart u.

Ptg: Sampai di Kampar dan dilarikan terus ke bhgn emergency hospital. Blood test result adalah normal2 shj. Platelet count masih tinggi (272) so probably bkn denggi kata pihak spital maka mereka xnk admit lalu disuruh pulang ke rumah shj. Tp blood test perlu dilakukan lg esoknya for precautions. Apakah? Td pg kt klinik tu Doc tu kata confirm kena denggi siap suruh pastikan msti check-in kt spital hari ni juga xleh pospon2. Ni dh kata demam biasa plak. Haish. Nk wt cmne bkn spital bpk kita maka pulang shj la ke rumah. Tp sebelum tu smpat kena masuk IV drip setengah botol.

Malam: Spjg mlm xleh tido. Demam mengganas badan sakit2.

26.06.13 - Pagi: Ke klinik kerajaan wt blood test. Platelet count semakin menurun tp smpai belum tahap utk dirisaukan lg. Diminta dtg lg esok utk blood test lg. Pulang ke rumah.

27.06.13 - Pagi: Kembali ke klinik kerajaan smlm buat blood test lg. Platelet count n lain2 pnya medical-thingy count turun mendadak. Segera dimasukkan drip lg dan dikejarkan ke hospital dgn ambulans. Naik ambulans tu. Sesape yg penah naik ambulans paham la perasaan ketika menaiki ambulans itu.

Tghari: Punya la lembs servis spital itu. Tersadai di emergency room dr kul 10pg smpai 2ptg baru bleh masuk wad. Siap sempat turun katil emergency room tu smbil jinjing IV drip pegi cari Doc nk mntk panadol sbb tgh naik demam. Pastu kena bebel ngn Doc sbb gi jln2. Doc, kalu sy x jln cmne nk jmpa Doc nk dpt ubat. Dah berjam sy terbaring kt situ xde org pn dtg jenguk. Dah korg main tgglkn je kitorg kt emrgency room tu tnpa pngawasan apa lg choice yg ada selain bangun gi cari korg sndiri. Kalu dok tunggu je atas katil tu berharap ada pihak korg dtg menjenguk ada harapan naik sawan sy nnti demam panas. Ish ish..

Ptg: Masuk wad. Saspek denggi. (Denggi ke?) Bermula la kehidupan di hospital yg penuh pancaroba..





Bersambung bleh x? Penat la mengarang. Org baru kuar spital ni kasik can la. Hehe. Apa kena-mengena ngn Mickey Mouse? Tunggu episod seterusnya. ;)

Wednesday, March 13, 2013

13.3.13 ~ 31 years ago..




Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu..

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..




Walau 1000 tahun lg kami hidup di muka bumi ni, takkan mungkin terbalas jasa2 dan pengorbanan mak dan ayah pd kami adik-beradik. Semoga Redha Allah akan selalu mengiringi perjalanan hidup mak dan ayah di dunia hingga akhirat nanti. Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke-31 buat ayah tersayang Encik Abd Halit dan mak tercinta Puan Noriah. Peluk cium dari kami anak2 mak dan ayah. <3 <3 <3

Monday, December 31, 2012

Datang dan pergi. Tapi tak pernah hilang. Macam ombak..



For last year’s words belong to last year’s language and next year’s words await another voice. – T.S. Eliot



Haven't been a responsible blog owner this year. Blog dah mcm rumah tinggal. Terbiar semak-samun bersawang2 penuh dgn haiwan liar segala. Bukan takde cerita nak dilipur-larakan. Tapi utk menzahirkan kisah tu jadi sesuatu yang boleh dikongsi dan jadi tatapan semua org tu la part yg paling payah sekali (paling malas sekali pn ya jugak.^_~). Will try to do better next year. Bukan janji, bukan pasti tapi kalau keazaman diri tu tinggi mungkin (mungkin la) akan selalu la jenguk muka kat sini. We'll see. :)

Akhir kata Selamat Tahun Baru 2013 utk semua rakan-taulan. Pejam celik pejam celik dah habis satu tahun lagi. Yes the bad news is time flies. But the good news is you’re the pilot. So be wise in steering your time in the best direction. Happy New Year all hearts, all souls!



We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day. - Edith Lovejoy Pierce

Friday, March 9, 2012

Dearly Departed..

I close my eyes as I wipe a tear.
I just keep wishing you were still here.
I will hold all the memories deep in my heart.
Through those memories we will never part.

I close my eyes as I wipe a tear.
I just keep wishing this pain would disappear.
I didn't get the chance to say my last goodbye.
I just didn't think you could ever die.

I close my eyes as I wipe a tear.
All of your love I will always hold near.
In my heart and my mind I will never be alone.
When my time comes I will meet you at home.







Note: In loving memories of all my late dearly beloved..

Tuesday, February 14, 2012

Kesayangan hamba..


Ni baru 2. Ada 8 budak lg tak masuk dlm gambar. Tak muat frame.


Org xde anak sendiri cam kita ni kan kemana lg la nk ditumpahkan kasih sayang sume tu kalu bkn kt budak2 ni. Diorg la buah hati diorg la pengarang jantung. Td pegi lompat2 kt blog org lain yg sama spesis cm kita (penchenta meow) sume dok bercerita psl kerenah anak2 bulus memasing. Terkenang plak kt 'anak2' sendiri.

Hanya org2 yg sama spesis je kot yg paham apa rasanya jd catlovers ni. Yg boleh paham mcmana susah hatinya kalu ada budak2 ni yg sakit. Boleh paham mcmana huru-haranya jiwa bila ada budak2 ni yg kuar umah x balik2 berhari2. Mcmana hancur luluhnya hati bila ada yg x pjg hayatnya dan dijemput balik oleh Yang Maha Pencipta. Mungkin ada yg akan kata 'eleh kucing je kot..' Yes kucing je kot it might be to u but definitely not the case to us.

Setiap kali ada antara budak2 ni yg sakit maka 'mak' dorg ni pn akan jd down yg teramat2. Tak tido mlm temankan si sakit. Bwk tido sama ni sekali dlm bilik tu. Bila dia terjaga tgh mlm batuk2 ke muntah2 ke kita ni pn jd x tentu arah sama. Sekali dia batuk sekali airmata jatuh, sekali dia muntah dua tiga kali lg air mata bocor, sekali dia meow2 sakit dh berjurai2 airmata turun mcm empangan pecah dh. Bila dia tak mau mkn/minum kena la suapkan mknn/air/ubat. At least dpt masuk sikit pn jd la drpd kelaparan terus. Dlm kepala otak tu x renti2 pikir apa ikhtiar nk buat nk bg diorg sihat. Bg org yg tak bertransport sndiri mcm ai ni kehulu kehilir la mntk ihsan saudara-mara, sahabat-handai, jiran-tetangga mntk tlg bwkkn ai n bebudak gi klinik. N kalu ubat klinik pn x jln gk habis segala suggestion org ramai serta cara2 alternatif janji logik dan masuk akal ai turutkan. Niat hati tu asalkan sihat sudah.

Ada sekali tu ada seorang anak ni lari dari rumah. Hilang masa raya pulak tu. Kuar beraya x reti nk balik. Dh lgsg xde mood nk beraya dh taun tu. Org sibuk hepi2 beraya yg kita ni, org tegur nk beramah mesra kita plak rasa cm nk meraung. Jiran2 yg dtg beraya sume kena jwb soalan cepu emas, 'ada nmpk x kucing wrna bla bla, ekor dia bla bla, mata dia bla bla? kalu ada nmpk kt mana2 tlg bgtau ek!' berkata smbil menahan sebak di dada. Mlm2 org main mercun keliling kg kita ni dok risaukan si anak yg takut ngn bunyi2an kuat ni. Dok pikir apakah nasib engkau wahai anak. Mkn ke tak ke. Msti tgh nyorok dlm semak ketakutan dngar bunyi kuat. Doa tak putus2 mntk dijauhkan dr marabahaya srta org2 yg berniat jahat dan sebagainya. Lg sekali xleh tido mlm mengenang nasib diri si anak. Nasib la sang anak bertuah td berjaya dijumpai di balairaya kg pd hari ke-4 kehilangan. Kalu tak smpai kesudah sang emak x beraya dan raya pd taun tersebut akan disenarai hitamkan sebagai hari raya tersyahdu dlm kehidupan si emak.

Oh itu baru bab sakit ngn hilang. Kalu smpai membawak ke bab 'Tuhan lebih sayangkan dia..' mcmana plak? Boleh imagine x betapa down n broken-heartednya jiwa? Berapa besor empangan airmata yg pecah kali ni? Byangkan je la sendiri ek. Tak sggup nk elaborate. Nak kenang balik pn dh berkaca2 dh mata ni. Juz nk bg tau kebanyakan anak2 yg dh pergi dijemput Tuhan ni kebanyakannya mati dlm pangkuan ai sendiri. Ai tengok sendiri mcmana diorg nazak smpai la nafas diorg yg terakhir. Selagi ada nafas diorg selagi tu ai akan tetap setia pangku dan peluk dia. Sampai la rasa tubuh kecik dia longlai dan nafas dia xde lg baru la ai lepas dia. Lepas dia pergi dgn membawa sebahagian dr hati si emak ni. Sob sob.. *sambil taip sambil kesat mata*

Ok. Stop bab airmata. Jgn dikenang perkara yg tak ada. Lebih baik appreciate apa yg ada dpn mata. Walaupun byk airmata yg tumpah sbb diorg, tp the joy n happiness yg diorg bg kt ai tu lebih byk lg dan adalah sgt2 priceless. Their antics and kerenah tu bleh buat hati yg suram jd disinari mentari. Diorg pnya manja n playfulness tu la penghibur duka lara. Ai bila stress dgn life/work ke ai cuma perlu gi carik diorg pastu usap2 peluk2 gomol2 diorg sepuas hati. Bila dengar dia purr tu dh rasa ringan je hati. (Quick fact: It is known already that the sounds that a cat produces, have a positive impact on the human organism and contribute to the prevention and treatment of many diseases. Scientists believe that a purring cat is similar to ultrasound, but the sounds that this animals emit have much better effect, and they help the animal itself and it's owner to deal with many health disorders. Researchers have found that the range -from 27 to 44 H- of the cat's purr is strengthening bones for 20%. Also cat's purr has a beneficial effect on the nervous system of man and his mental state. Moreover, the sound coming in this range, is improving the cerebral blood flow in humans, normalizes blood pressure and stabilizes the heart rhythm.)

Bottom line is the good things that came out of having them adalah lbih byk dr all the bad things. Semenjak ada diorg ni rezeki ai pn semakin murah. Walaupun x mewah tp cukup la utk ai, my family n budak2 ni. N walaupun budak2 ni sume ramai (x pernah kurang dr 10 ekor dlm satu masa) tp cukup rezeki tu utk tampung semua. N siap ada extra utk ai kongsi plak utk anak2 jalanan/lorong mana2 yg ai smpt jumpa n sedekah rezeki. Ai percaya bila kita berbuat baik sesama manusia/makhluk maka Allah itu pn akan berkati perbuatan kita kn. Amin.



Notakaki: Curahan jiwa sbb rindu kt 'anak2'..

Friday, February 3, 2012

Kenapa Rasulullah Sangat Menyayangi Kucing


Setiap Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong Mueeza (nama kucingnya) dan ditaruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya mengikut lantunan suara azan.

Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.


Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.


Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.

3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.

4. Sekalinya pun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.


Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.


Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah di lakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadis Kabsyah binti Ka'b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Lihatlah." Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Ia menjawab, "Ya." Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW prnh bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),"
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."


Diriwayatkan dari Daud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang sembahyang. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Malangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berjalan ke sana." Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.
(HR alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.

Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.